KISAH
BERPISAHNYA ROH DARI JASAD
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah
r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba
Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera
bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu
baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat
duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W
duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada
janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam
hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini
sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya
nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis
pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya
seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul
Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W
bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku,
"Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata,
"Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan
lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana
anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata,
"Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai
anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi:
"Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat
daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat
daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke
atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para
kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan
segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah
lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan
Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."
Maka
bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat
keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk
memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia
melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama
melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu
rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara
yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar.
Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana
Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku
berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan
berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau
menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk
kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea
memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan
keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari
dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah
diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah
engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah
anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada
mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat
berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari
rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah
meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya.
Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada
hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang
kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam
keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah
kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum
keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka
sehingga hari kiamat."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar